Pengenalan
Pusat Akses Sekolah (PUAS) mengamalkan konsep ala "cyber cafe' tetapi lebih mejurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruangan pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan pelajar membuat pembelajarn kendiri (self learning). Pelajar boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara kendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.
Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya pelajar mendapat maklumat dan komunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.
Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Pelajar boleh menggunakan kemudahan PUAS pada masa terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.
Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajarn pelajar yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.
Matlamat
Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah:
1)Membudayakan penggunaan ICT di sekolah.
2) Mengurangkan nisbah komputer dengan pelajar.
3) Meningkatkan masa penggunaan komputer (contact hours) komputer oleh pelajar.
Objektif
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah:
1) Meningkatkan kemahiran pelajar dalam mencapai maklumat.
2) Membolehkan pelajar melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
3) Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.
Waktu Operasi
- Semasa waktu persekolahan (waktu rehat / P&P)
- Selepas waktu persekolahan.
Peraturan
Peraturan Pusat Akses Sekolah ialah:
1) Dilarang masuk tanpa kebenaran guru semasa P&P sedang dijalankan.
2) Pelajar diminta berpakaian kemas terutamanya selepas waktu persekolahan.
3) Dilarang membawa beg, makan dan minuman ke dala Pusat Akses.
4) Sila tanggalkan kasut anda dan susun di tempat yang bersesuaian.
5) Jangan membuat bising semasa berada di dalam Pusat Akses.
6) Guru mestilah berada bersama pelajar sepanjang waktu penggunaan pelajar.
7) Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi arahan guru.
8) Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log.
9) Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian kecuali kebenaran guru bertugas.
10) Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada Pusat Akses.
11) Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer.
12) Dilarang memasukkan sebarang perisian luar dan mengubah perisian serta konfigurasi komputer.
13) Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer.
14) Dilarang memuat turun "games", lagu atau bahan yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
15) Dilarang merokok di dalam Pusat Akses.
16) Sila atur semula peralatan dan kerusi selepas penggunaan.
17) Dilarang 'run programme' daripada Internet kecuali dengan kebenaran guru.
18) Pastikan suis alat pencetak dan "hub" ditutup sebelum Pusat Akses dikunci.
19) Pastikan suis AVR, lampu, kipas ditutup sebelum meninggalkan Pusat Akses.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen yang anda berikan ^-^