Pages

Subscribe Twitter

Saturday, April 3, 2010

Sejarah Penubuhan



Penubuhan Pusat Akses Sekolah
Penubuhan Pusat Akses Sekolah telah dijalankan secara berperingkat mulai tahun 2006. Setiap sekolah akan menerima peralatan 10 komputer dan sebuah mesin pencetak untuk diletakkan di perpustakaan atau mana-mana ruangan yang bersesuaian. Peralatan tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat.

Agihan Penubuhan Pusat Akses Sekolah meliputi 70% sekolah luar bandar dan 30% lagi di bandar. 70% daripada jumlah sekolah yang dipilih merupakan sekolah rendah dan 30% adalah sekolah menengah.

Penggunaan Pusat Akses Sekolah diberikan keutamaan kepada pelajar. Namun, warga sekolah yang lain termasuk pentadbir sekolah, guru dan staf sokongan juga boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklumat daripada Internet.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan pelajar adalah:
1) Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
2) Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan (e-learning).
3) Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran.
4) Berkomunikasi dengan guru dan pelajar lain melalui e-mel.
5) Berkolaborasi dengan pelajar lain.

Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses Sekolah dibuat berdasarkan kriteria berikut:
1) Ada ruang / bilik yabg sesuai.
2) Ada Bekalan elektrik 24 jam.
3) Ada akses kepada Internet.
4) Ada Makmal Pengkomputeran.
5) Kemahiran ICT warga sekolah.
6) Komitmen pihak pentadbir sekolah.

Pusat Akses Sekolah telah dirasmikan pada 19 Julai 2007 bersamaan 4 Rejab 1428H. Ia dirasmikan oleh Y.B. Datuk Haji Abdul Rahman B. Palit (DMSM, KMN, BCM, PJK, JP) iaitu ADUN Kuala Linggi.


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen yang anda berikan ^-^

Selamat datang ke blog PUSAT AKSES SMK RAHMAT,KUALA SUNGAI BARU MELAKA, Sepakat Melakar Kecemerlangan. 1 Rahmat, Murid Didahulukan, Akademik Diutamakan.